Perkembangan
Pada awal kurun ke-14, Parameswara
telah mengasaskan Kerajaan Melayu Melaka yang dianggap sebagai sebuah kerajaan
yang agung. Pembukaan sebuah perkampungan di muara Sungai Bertam oleh
Parameswara dikenali sebagai “Melaka” yang kemudiannya menjadi sebuah empayar
Melayu yang dikenali sebagai empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selepas raja
Melaka yang pertama iaitu Parameswara menganut agama Islam, kebangkitan Melaka
sebagai wilayah Melayu yang agung jelas terpancar. Namun demikian, kebangkitan
Melaka terencat setelah diserang oleh kerajaan Majapahit pada tahun 1365
Masihi. Tetapi hal ini tidak mematahkan
semangat kerajaan Melayu Melaka untuk terus berkembang lalu mereka meneruskan
pengaruh empayar mereka kerana kebangkitan Islam telah mengambil alih pengaruh
Hindu di alam Melayu.

.jpg)

No comments:
Post a Comment