LATARBELAKANG
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka telah d
asaskan oleh seorang putera raja dari Palembang iaitu Parameswara sekitar tahun
1400. Setelah Parameswara tiba di perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bernam,
Parameswara telah mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka sempena
peristiwa kejadian rusa menendang seekor anjing dimana sultan parameswara
sedang berehat di bawah pokok yang melaka. Apabila Parameswara berjaya
membentuk kerajaan Melaka, parameswara telah menyusun strategik seperti sistem
pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka bandar pelabuhan, hubunga
diplomatik, dan mewujudkan hubungan antarabangsa seperti hubungan antara Melaka
dan China. Parameswara telah membangunkan Melaka bersama pembesar yang lain, bantuan
orang Laut, orang Melayu, dan Orang Asli dengan melalui konsel 'ikatan daulat'.
Melaka menjadi negara Islam apabila parameswara telah memeluk Islam dengan
gelaran Sultan Iskandar Shah pada tahun 1409.Kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka diteruskan oleh sultan yang lain selepas pemerintahan Sultan Iskandar
Shah terutamanya Sultan Mansur Shah. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan
lebih satu abad sehingga lah Melaka tewes di tangan Portugis semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

No comments:
Post a Comment