Thursday, 14 August 2014
Sunday, 10 August 2014
kegemilangan
Melaka
- § Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
- § Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China bagi mengeratkan hubungan diplomatik.
- § Empayar Melaka terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.
- § Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
- § Majapahit tumbang pada kurun ke-15 kerana banyak kawasan jajahannya telah dikuasai oleh Melaka.
- § Siam telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi gagal.
- § Melaka menjadi pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15.
- § Melaka muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar seperti Siam, Srivijaya, dan China.
- § Melaka mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
- § Srivijaya telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana mampu mengendalikan pusat perdagangan dengan cekap dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
- § Sebilangan negeri meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka.
- § Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani.
- § Pasai sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.
- § Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan.
- § Menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara.
- § Bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
LATARBELAKANG
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka telah d
asaskan oleh seorang putera raja dari Palembang iaitu Parameswara sekitar tahun
1400. Setelah Parameswara tiba di perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bernam,
Parameswara telah mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka sempena
peristiwa kejadian rusa menendang seekor anjing dimana sultan parameswara
sedang berehat di bawah pokok yang melaka. Apabila Parameswara berjaya
membentuk kerajaan Melaka, parameswara telah menyusun strategik seperti sistem
pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka bandar pelabuhan, hubunga
diplomatik, dan mewujudkan hubungan antarabangsa seperti hubungan antara Melaka
dan China. Parameswara telah membangunkan Melaka bersama pembesar yang lain, bantuan
orang Laut, orang Melayu, dan Orang Asli dengan melalui konsel 'ikatan daulat'.
Melaka menjadi negara Islam apabila parameswara telah memeluk Islam dengan
gelaran Sultan Iskandar Shah pada tahun 1409.Kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka diteruskan oleh sultan yang lain selepas pemerintahan Sultan Iskandar
Shah terutamanya Sultan Mansur Shah. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan
lebih satu abad sehingga lah Melaka tewes di tangan Portugis semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
Perkembangan
Pada awal kurun ke-14, Parameswara
telah mengasaskan Kerajaan Melayu Melaka yang dianggap sebagai sebuah kerajaan
yang agung. Pembukaan sebuah perkampungan di muara Sungai Bertam oleh
Parameswara dikenali sebagai “Melaka” yang kemudiannya menjadi sebuah empayar
Melayu yang dikenali sebagai empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selepas raja
Melaka yang pertama iaitu Parameswara menganut agama Islam, kebangkitan Melaka
sebagai wilayah Melayu yang agung jelas terpancar. Namun demikian, kebangkitan
Melaka terencat setelah diserang oleh kerajaan Majapahit pada tahun 1365
Masihi. Tetapi hal ini tidak mematahkan
semangat kerajaan Melayu Melaka untuk terus berkembang lalu mereka meneruskan
pengaruh empayar mereka kerana kebangkitan Islam telah mengambil alih pengaruh
Hindu di alam Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)
